MediaFire Buang Semua Pautan Pirate

Kini sudah setahun sejak Megaupload ditutup, Kim Dotcom & co. kini membicarakan kes mereka di mahkamah.

Bukan Megaupload sahaja telah hilang, tetapi banyak lagi cyberlockers lain dan juga beberapa laman BitTorrent juga mengambil ini sebagai petunjuk sama ada untuk tutup atau tukar perniagaan mereka.

Mediafire adalah salah satu laman perkongsian fail terbesar, tetapi kini mereka mengambil beberapa langkah-langkah yang menarik untuk memastikan ia tidak mengalami nasib yang sama seperti Megaupload.

Laman itu sekarang telah menjadi sangat proaktif dalam usaha untuk menghapuskan semua pautan fail pirate, ia mengimbas mana-mana fail audio dan video yang dimuat naik ke pangkalan data.

Jika ia mendapati sesuatu yang melanggar undang-undang, mereka membuang pautan tersebut. Untuk menggantikan pautan tersebut, mereka menambahkan pautan untuk membeli kandungan. Fail pirate tidak dipadam, kerana ia adalah sah bagi pengguna untuk membuat backup muzik atau video mereka, tetapi mereka tidak boleh kongsikannya secara terbuka.

Labels: ,