Opera Bakal Lancarkan Pelayar Web Klon dari Chrome

Opera telah buat satu pengumuman, ia mendedahkan bahawa pelayar Opera desktop bukan yang paling popular tetapi disukai oleh ramai pengguna, tidak akan wujud lagi. Opera akan membuat peralihan secara beransur-ansur tahun ini ke arah pelayar desktop berasakan Chromium.

Pada asasnya, pelayar Opera desktop telah mati, kita tak akan dapat lihat lagi versi terbaru pelayar Opera.

Chromium adalah versi sumber terbuka Chrome. Ia adalah sangat serupa dengan Chrome, walaupun beberapa ciri-ciri khusus Google dan Flash terbina tiada. Memandangkan ia satu projek sumber terbuka, Chromium sudah menjadi asas kepada beberapa "pelayar" dengan pelbagai pengubahsuaian berbanding asal.


Opera mungkin akan melakukan beberapa pengubahsuaian kepada sumber Chromium, melaksanakan beberapa ciri-ciri pengguna Opera akan suka, tetapi yang lebih kepada harapan daripada kepastian.

"Untuk menyediakan pelayar utama pada Android dan iOS, Opera tahun ini akan membuat peralihan beransur-ansur kepada enjin WebKit, serta Chromium, bagi kebanyakan versi pelayar untuk telefon pintar dan komputer akan datang," pihak Opera berkata.

Mudah-mudahan, Opera akan mengejutkan kita semua, tetapi pengguna mungkin perlu mula melihat alternatif pada ketika ini.

Labels: