Pengguna Google Nexus boleh cuba Ubuntu OS pada 21 Feb

Canonical telah mengumumkan yang akan melancarkan telefon pintar Ubuntu pada bulan Oktober nanti. Mereka kini mahu para pemaju mencuba sistem operasi mereka, pemaju hanya perlukan peranti Google Nexus.

Ubuntu Touch Developer Preview akan dilancarkan pada 21 Februari dan akan menyokong telefon pintar Galaxy Nexus dan Nexus 4. Preview ini bertujuan untuk peminat dan pemaju yang ingin mendapatkan 'rasa' Ubuntu sebelum ia berada di pasaran. Ia juga akan berguna kepada pemaju yang mahu menguji aplikasi Ubuntu pada telefon pintar sebenar.

Canonical akan melepaskan preview ini pada laman webnya Khamis depan yang akan membolehkan anda untuk flash telefon Nexus anda kepada Ubuntu.

Mereka yang tidak memiliki telefon pintar Nexus mungkin akan rasa rugi sebab tak boleh cuba sistem operasi Ubuntu ni. Tapi jangan bimbang, mereka akan menambah senarai peranti yang disokong. Harap boleh cuba juga nanti.

[via Engadget]

Labels: ,