Ramalan Pengumuman Perkara Menarik di Google I/O 2013


Google telah mengumumkan pendaftaran untuk persidangan Google I/O tahun ini akan dibuka pada 13 Mac. Acara itu dijadualkan akan diadakan pada 15 hingga 17 Mei. Dalam acara itu nanti, para pemerhati teknologi menjangkakan beberapa pengumuman akan dibuat oleh Google. Anataranya:

Android 5.0 Key Lime Pie

Satu perkara yang kemungkinan besar diumumkan adalah Android 5.0, nama kodnya Key Lime Pie. Android 5.0 sangat berbeza, Key Lime Pie akan menjadi peningkatan yang besar ke atas Android. Perbezaan itu tidak mungkin sebesar perbezaan antara Gingerbread ke ICS, tetapi dijangkakan beberapa perubahan besar kepada UI.

Google Glass

Satu lagi ramalan yang mungkin menjadi kenyataan, Google Glass. Google telah berjanji untuk menjual gajet tersebut kepada sesiapa yang berjaya untuk menyediakan satu kes yang menarik untuk penggunaan. Pemaju yang membuat pesanan awal Google Glass pada persidangan I/O tahun lepas akan terus dapat. Google dikatakan mensasarkan untuk pelancarankannya lewat 2013.

Itu adalah dua perkara terbesar yang menjadi perhatian umum. Ada banyak lagi peranti baru yang mungkin juga akan diumumkan. Antara jangkaan lain adalah seperti:

Labels: