Telefon Pintar Ubuntu bakal Menjengah Pasaran pada Oktober 2013

Pada awal Januari tahun ni, Canonical membuat pengumuman yang mereka bakal melancarkan telefon pintar Ubuntu. Ramai yang ternanti-nantikan kemunculan telefon pintar yang berasaskan sistem operasi Ubuntu.

Pengasas Canonical, Mark Shuttleworth memberitahu kepada Wall Street Journal yang telefon keluaran mereka akan berada dipasaran pada bulan Oktober 2013 nanti. Beliau juga menyebut bahawa OS mudah alih ini akan membuat debut rasmi dalam dua pasaran utama.

Silber Jane dari Canonical pula menyatakan, apabila Ubuntu untuk telefon pertama kali didedahkan, ia menjangkau jauh di luar perusahaan, sambil menambah bahawa aplikasi asli Ubuntu dan UI yang bergaya boleh membuat ia satu pilihan popular untuk telefon pintar yang lebih asas.

Labels: ,