Twitter Kini Lebih Serius untuk Pengesahan Dua-Faktor

Baru-baru ni, Twitter mendedahkan yang mereka menjadi mangsa serangan dan sebanyak 2500,000 data akaun telah bocor. Twitter meminta semua pengguna untuk menetapkan semula kata laluan mereka.

Mereka kini memikirkan untuk melaksanakan sistem dua langkah atau dua faktor pengesahan, sama seperti Google, Facebook, Yahoo, Dropbox dan lain-lain sudah tawarkan.

Dengan sistem ini, penyerang akan memerlukan lebih daripada sekadar kata laluan untuk menggodam akaun, kod kedua diperlukan. Pengguna mendapatkan kod ini melalui telefon mereka, sama ada melalui SMS, aplikasi khusus seperti Google Authenticator, atau aplikasi mudah alih biasa, seperti Facebook.

Twitter ada mengiklankan peluang pekerjaan untuk jurutera perisian yang memberi tumpuan kepada keselamatan. Dalam iklan tersebut, ia menyenaraikan satu skim pengesahan pelbagai faktor sebagai salah satu perkara yang pekerja masa depan akan bekerja pada.

Labels: