Twitter Sekali Lagi Berjaya digodam, 250,000 Akaun Terjejas


Nampaknya sekali lagi laman microblogging ini berjaya digodam. Sebelum ni dah beribu kata laluan akaun pengguna Twitter berjaya didedahkan oleh penggodam.

Terbaru, Twitter membuat pengumuman di blog rasmi mereka yang ada cubaan untuk menceroboh data pengguna. Mereka menyatakan bahawa kira-kira 250,000 pengguna mungkin telah terjejas, termasuk nama pengguna, alamat e-mel, , dan versi kata laluan yang di-encrypted.

Ada sesetengah pihak menuduh yang ini semua ada kaitan dengan kerajaan China. Namun, belum ada sebarang bukti sah untuk babitkan mereka.

Twitter menggalakkan pengguna mereka untuk menukar kata laluan yang lebih selamat. Jika anda tidak pasti jika akaun anda telah terjejas dan ingin menukar kata laluan, anda boleh mengemas kininya di sini.

Labels: