CCleaner versi Android bakal dilancarkan


CCleaner telah menjadi aplikasi yang wajib dalam PC, melakukan kerja-kerja membersihkan selama bertahun-tahun. Sekarang syarikat di sebalik CCleaner, Pririform sedang bersiap sedia untuk melepaskanya dalam bentuk Android.

Syarikat itu mengatakan seperti dalam versi PC dan Mac, CCleaner pada Android akan memadam fail yang tidak diingini, dan membuang aplikasi dengan mudah dan semudah satu klik. Mungkin sebelum ni ramai yang tak perasan akan keperluan untuk aplikasi, kini lebih ramai pengguna menjadikan peranti Android mereka sebagai keperluan membuat kerja-kerja.

Jadi kedatangan CCleaner versi Android amat dinantikan oleh pengguna tegar peranti Android. Belum ada tarikh tetap bila ia akan dilancarkan tapi kerja-kerja pembangunan aplikasi itu sedang dijalankan.

Blog CCleaner menyatakan:
Berita baik untuk semua pengguna Android! Kami telah mendengar permintaan anda, dan kami teruja untuk memberitahu anda bahawa kita bekerja keras mewujudkan CCleaner untuk aplikasi Android. Ia masih dalam proses, dan kita tidak mempunyai tarikh pelepasan muktamad lagi, tetapi kita telah melakukan beberapa ujian dalaman, dan kami sangat gembira dengannya!

[via blog CCleaner]

Labels: ,