DiGi dan Skype Bekerjasama

Adakah anda seorang pengguna setia Skype? Rasanya di Malaysia ni aplikasi Skype dari Microsoft semakin mendapat perhatian. Berita baik, pihak DiGi dan Skype menandatangi perjanjian dan menawarkan kredit Skype percuma kepada pelanggan.

Ini menjadikan DiGi sebagai operator pertama di Malaysia yang berbuat demikian. Tawaran ni akan bermula pada 1 April 2013.

Menurut DiGi, menerusi perjanjian itu, pelanggan boleh guna rangkaian data dengan kualiti tinggi untuk menghubungi rakan atau keluarga sehingga 100 minit menggunakan panggilan suara Skype secara percuma kepada talian tetap atau telefon.

“Kami percaya ia dapat mencipta persekitaran positif yang akan menggerakkan penggunaan komunikasi ke tahap seterusnya,” Ketua Produk Internet dan Perkhidmatan DiGi, Praveen Rajan berkata.

Pelanggan pasca bayar DiGi akan menjadi yang pertama menikmati penebusan tawaran bermula 1 April ini. Bagi menebus kredit Skype, pelanggan perlu mendaftar jalur lebar pasca bayar atau pelan internet mudah alih, di seluruh cawangan DiGi terlibat sehingga 31 Julai 2013.

Kredit imej kepada amanz.my

Labels: ,