Pengganti Google Reader, Feedly Mendapat 500,000 Pengguna dalam 2 hari


Walaupun seramai 125,000 orang yang menandatangani petisyen untuk Google Reader tidak dimansuhkan, Google akan tetap meneruskan rancangan mereka. Kini sudah pelbagai perkhidmatan penggantian telah muncul atau mendapat perhatian yang lebih banyak.

Feedly, mungkin pemenang terbesar diatas kematian Google Reader, mereka mengumumkan telah mendapat 500,000 pengguna baru dalam masa hanya dua hari.

"Lebih daripada 500,000 pengguna Google Reader telah menyertai komuniti Feedly dalam tempoh 48 jam lepas. Kami suka pembaca ghairah. Selamat datang," Feedly menulis.

Labels: , ,