Google Bercadang Mahu Ambil Alih WhatsApp

Google banyak bergantung kepada produk mudah alih mereka sendiri, dengan beberapa pengecualian. Tetapi mereka mahu membuat satu langkah yang besar dan mengambil alih aplikasi mesej yang agak popular, WhatsApp.

Digital Trends melaporkan mereka mempunyai sumber-sumber berkata kedua-dua syarikat sedang berunding berkaitan pengambil alihan dan WhatsApp yang mungkin bernilai lebih daripada $1 bilion.

Memang terdapat banyak syarikat-syarikat yang berminat dengan WhatsApp, Facebook adalah salah satu daripada mereka. Jadi Google boleh sekurang-kurangnya akan berbincang dengan WhatsApp.

Tetapi itu tidak bermakna pengambil alihan akan berlaku, terutamanya kerana Google sedang membangunkan aplikasi mesej sendiri, Babble atau Babel, yang akan dilancarkan bulan depan.

Labels: ,