Tiga Pakej Baru HyppTV dari TM


TM baru sahaja memperkenalkan tiga pakej terbaru HyppTV mereka melalui perkhidmatan IPTV, HyppTV Mega Pack, HyppTV Sports Pack dan HyppTV New Platinum Pack.

Ketiga-tiga pakej baru ini dikatakan lebih baik daripada HyppTV Platinum Pack yang sedia ada, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan untuk pelanggan perkhidmatan IPTV. Pakej ini tambahan kepada rangkaian pakej saluran yang ditawarkan selepas pelancaran HyppTV Ruby Pack pada Januari 2013 lepas.

“Pengenalan tiga pakej saluran baru ini usaha berterusan kami untuk keperluan dan keutamaan pelanggan, dari harga serendah RM30 sebulan,” kata Naib Presiden TM Untuk Perniagaan dan Operasi Media, New Media, Emily Wee.

HyppTV Mega Pack ialah gabungan HyppTV Platinum Pack dan HyppTV Ruby Pack yang mengandungi 47 saluran HyppTV termasuk lapan video atas permintaan (VOD) dan 12 saluran berdefinisi tinggi, berharga RM50 sebulan.

Labels: ,