Apple bakal lancarkan iPhone Mampu Milik

Kebiasaannya sesiapa yang mempunyai sebuah iPhone di tangan beliau nampak lebih ekslusif berbanding orang yang pegang gajaet dari Samsung. Ini kerana variasi iPhone sedikit lebih mahal berbanding peranti lain.

Selain dari faktor kurang mesra pengguna berbanding peranti Android, faktor harga sedikit sebanyak mempengaruhi populariti iPhone.

Oleh sebab itu, pihak Apple bakal melancarkan peranti iPhone mampu milik atau lebih murah berbanding sekarang. Mengikut laporan ETrade, selepas angka jualan mengecewakan dari iPhone 5, Apple memerlukan strategi baru.

Mereka mungkin akanmelancarkan model mid-range untuk menaikkan bahagian pasaran yang hilang sehingga mereka boleh datang dengan idea baru yang inovatif. iPhone bajet ini dijangka kelihatan seperti kacukan antara iPhone 5, iPod Touch terbaru dan iPod Classic.

Walaupun telefon bimbit bajet ini berharga lebih rendah daripada bawah iPhone 5, kurang mahal tidak bermakna ia murah.

Labels: ,