Google gabungkan Drive, Gmail dan Google+ untuk storan 15GB


Google telah mengumumkan yang mereka menggabungkan ruang simpanan untuk produk utamanya. Pengguna Google akan mendapat 15 GB penyimpanan percuma dikongsi dengan Drive, Gmail, dan Google+ Photos.

Sebelum ini, ketiga-tiganya menawarkan jumlah ruang simpanan yang pelbagai dan terhad secara percuma.

Perubahan ini tidak akan berlaku secara sekaligus, tetapi dalam tempoh beberapa minggu akan datang, semua pengguna akan dinaik taraf kepada pelan baru.

Pengguna sebenarnya tidak mendapat ruang penyimpanan yang lebih, tetapi mereka boleh menggunakannya dengan lebih cekap. Sebagai contoh, pengguna yang bergantung kepada Gmail, tetapi tidak benar-benar memerlukan Drive, akan dapat menggunakan sepenuhnya 15 GB untuk e-mel dan lampiran.

Gambar sehingga 2048x2048 pixels tidak menambah sehingga ke arah ruang penyimpanan yang digunakan oleh Google+ Photos.

Labels: , , ,