YouTube Lancarkan Pilihan Langganan


YouTube dikatakan menyediakan pelan langganan bagi mereka yang mahu membayar untuk menonton beberapa video.

Anda tidak akan perlu membayar untuk kandungan biasa, tetapi dikatakan mempunyai program khas untuk mereka yang memilih jenis langganan.

Pada asasnya, ia akan membenarkan beberapa pembuat video mengenakan bayaran langganan bulanan kepada saluran mereka. Antaranya, anda boleh mencari program-program untuk kanak-kanak, hiburan, muzik dan pelbagai jenis kandungan lain.

Walau bagaimanapun, jangan bimbang tentang jumlah yang dikenalan, kerana kebanyakan saluran terikat untuk meminta sekitar $2 (RM6) sebulan. Jika kaedah ini mendapat perhatian pengguna, mungkin ada perubahan drastik kepada industri video dalam talian pada tahun-tahun akan datang.

Majoriti video di YouTube adalah untuk kekal percuma kepada semua, supaya orang-orang yang tidak mahu membayar bagi perkhidmatan yang mereka telah terima secara percuma selama bertahun-tahun boleh bertenang.

via NYTimes.com

Labels: