Kini anda boleh letak gambar pada ruangan komen di Facebook

Facebook telah mula melancarkan satu fungsi yang boleh membuktikan ia menarik atau amat menjengkelkan, dinamakan sebagai photo comments. Anda kini boleh meletakkan gambar di ruangan komen bersama-sama dengan kata-kata lucu anda.

Fungsi ini adalah cukup mudah - di dalam kotak komen anda sekarang akan melihat ikon foto baru. Ia adalah satu pelaksanaan secara beransur-ansur, maka anda mungkin tidak dapat melihatnya lagi.

Jika anda dapat melihatnya, klik pada ikon tersebut dan ia akan membolehkan anda untuk memuat naik gambar ke Facebook pada komen anda. Malah, anda boleh meninggalkan teks sama sekali dan hanya hantar gambar.


"Apabila saya bercakap dengan rakan-rakan, kadang-kadang menunjukkan gambar membantu saya memberitahu cerita yang lebih baik daripada kata-kata semata-mata," jelas Bob Baldwin, yang membina fungsi ini.

"Jika berbual dengan seseorang, saya boleh menunjukkan gambar dari telefon saya, tetapi di Facebook saya perlu hantar pautan ke gambar. Sekarang, anda akan dapat untuk melampirkan foto secara langsung apabila menyiarkan komen," kata beliau.

Berdasarkan reaksi kepada pengumuman dan semua gambar-gambar yang telah dikongsi di dalam komen, ini adalah salah satu fugnsi yang pengguna akan suka. Kebanyakan perubahan dan ciri-ciri baru di Facebook biasanya pengguna tak suka.

Labels: