Instagram akan perkenalkan fungsi perkongsian video

Spekulasi terbaru, Facebook dikatakan akan mengumumkan tools untuk membolehkan aplikasi Instagram  untuk mengambil dan berkongsi video pendek.

Walaupun penganalisis berkata Facebook tidak memberikan pra-taklimat tentang pengumuman itu, mereka yang ditemu bual untuk cerita ini bersetuju bahawa fungsi baru ini mungkin memfokuskan untuk peranti mudah alih.

"Saya berharap ia adalah sesuatu tentang peranti mudah alih kerana Facebook kehilangan banyak kredibiliti selepas mereka gagal dengan facebook Home," kata Patrick Moorhead, seorang penganalisis di Moor Insights & Strategy. "Tambahan pula, ciri-ciri video Vine dari Twitter mendapat banyak perhatian akhir-akhir ini."

Jika benar, Facebook akan bersaing rapat Twitter, pada bulan Januari dilancarkan, Vine, sebuah perkhidmatan yang membolehkan pengguna mudah alih menangkap dan berkongsi video pendek. Setiap video hanya berdurasi enam saat atau kurang.

Vine pada mulanya hanya boleh didapati sebagai muat turun percuma untuk Apple iPhone dan iPod Touch. Awal bulan ini, Twitter menambah Android ke dalam senarai.

Labels: ,