Google lancarkan Chrome App Launcher untuk Windows

Pelancar aplikasi Chrome (app launcher) kini secara rasmi boleh didapati untuk semua pengguna Windows dan boleh dipasang terus dari webstore Google.

Google masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini, tetapi sesiapa yang menggunakan sistem operasi Windows kini boleh mencubanya sekarang.

Sejurus selepas memasang aplikasi ini, pelancar aplikasi boleh dilihat pada start bar, tetapi juga sebagai shortcut pada desktop. Dari situ, ia menjadi semakin mudah untuk mengakses Chrome, Chrome store, Gmail, serta mana-mana aplikasi lain yang bekerja dengan pelayar Google dan yang telah dipasang sebagai extension.

Klik pada mana-mana ikon, secara automatik membuka pelayar Chrome dan halaman tab baru, memberikan anda akses segera kepada maklumat atau aplikasi yang anda perlu atau mahu untuk digunakan.


Labels: ,