YouTube telah melancarkan butang subscribe

Dalam usaha untuk menggalakkan langganan saluran, YouTube telah melancarkan butang subscribe yang boleh di-embed pada mana-mana tapak web.

"Butang subscribe membolehkan anda menambah butang langganan di mana-mana halaman. Butang membolehkan sesiapa melanggan saluran YouTube anda tanpa perlu meninggalkan laman web anda untuk sama ada log masuk ke YouTube atau mengesahkan langganan mereka," kata YouTube di laman pemaju mereka.

YouTube menawarkan 6 butang format yang berbeza - tiga untuk saluran percuma dan tiga untuk saluran baru yang dibayar. Apabila orang klik pada butang tersebut, ia secara automatik akan melanggan ke saluran yang tertentu. Ini adalah sedikit berbeza untuk saluran berbayar, di mana klik pada butang subsrcribe akan membawa pengguna kepada saluran di YouTube, di mana mereka boleh memilih sama ada atau tidak mereka mahu membayar untuk melanggan.

Butang subscribe baru mudah di-embed pada mana-mana laman, dan YouTube hanya mempunyai beberapa peraturan mengenai apa yang pemilik channel tidak boleh lakukan dengan butang ini. Pertama, mereka tidak boleh menawarkan ganjaran dalam pertukaran untuk melanggan saluran YouTube. Kedua, butang mesti jelas kelihatan.

Labels: