Facebook pindahkan pengguna kepada HTTPS


Facebook mengumumkan https kini adalah default standard untuk semua pengguna yang melayari rangkaian sosial. Sebelum ini pengguna perlu mengaktifkan connection https secara manual melalui tetapan.

Sebelum penghijrahan ini, didapati bahawa kira-kira satu pertiga daripada pengguna telah mengaktifkan https. Ini bermakna bahawa hampir semua trafik ke laman web dan kebanyakan trafik ke laman web mudah alih yang akan dihubungkan melalui sambungan yang selamat.

Jurutera infrastruktur mereka Scott Renfro menulis di dalam blog post tentang kemas kini, menjelaskan butiran mengenai pembaharuan ini.

"Ini menggunakan Lapisan Pengangkutan Keselamatan (Transport Layer Security - TLS), dahulunya dikenali sebagai Lapisan Soket Selamat (Secure Sockets Layer), dan membuat komunikasi antara pelayar anda dan pelayan Facebook lebih selamat,".

Ini perlu menambah lapisan perlindungan baru untuk semua pengguna Facebook, Mereka berharap untuk melindungi pengguna daripada serangan.

Labels: