YouTube bakal tamatkan fungsi Video Responses

Google telah mengumumkan fungsi tindak balas video (Video Response) di YouTube bermula awal bulan depan.

Menurut pengumuman itu, tindak balas video dari YouTube akan ditutup pada 12 September, kerana penglibatan pengguna yang kurang memberangsangkan. Sekarang jika anda mahu muat naik video bagi memberi respon kepada video yang anda tonton, anda perlu klik pada kotak komen dan klik pautan "Create a video response".


Kadar click-through tindak balas pada video yang dihantar oleh pengguna adalah begitu kecil - 0.0004 peratus. Pada asasnya, hanya empat daripada setiap 1 juta pengguna klik pada video tindak balas.

Berita ini muncul dalam blog YouTube’s Creators. Google menasihatkan pengguna untuk menggunakan tajuk video, hashtags dan penerangan dalam video secara jelas mengaitkan mereka dengan video yang telah di respon.

Video respon yang telah di-publish masih boleh dilihat, kata syarikat itu.

Labels: