YouTube perkenal ikon Play pada tab pelayar


Biasanya bila kita buka beberapa tab video YouTube, kita susah untuk kenal pasti tab manakah yang paling bising videonya hingga terpaksa buka setiap satu tab.

YouTube kini menambah ikon Play ke laman video yang hanya muncul apabila kandungan video sedang bermain, ikon tersebut akan hilang bila anda tekan butang Pause. Feature terbaru ni hanya perubahan kecil tapi sangat berguna untuk pengguna YouTube.



Fungsi ini tidak hanya berfungsi pada pelayar Chrome sahaja, ia akan berfungsi dengan baik pada mana-mana pelayar web yang ada seperti Internet Explorer 10 dan Firefix 22.

Labels: