Akhirnya kita dapat edit status di Facebook

Facebook mengemaskini aplikasi telefon pintar Android dengan fungsi suntingan (editing) post status dan komen, ini bermakna anda bole mengedit kesilapan atau kesalahan ejaan di mana sahaja. Ciri-ciri editing aplikasi mudah alih akan datang di iOS dalam masa terdekat.

Dengan perubahan terbaru ni, pengguna Facebook di Android boleh tap anak panah ke bawah pada post mereka dan memilih "edit" untuk membuat perubahan. Mereka juga boleh melihat sejarah perubahan mereka.

Versi terbaru aplikasi ni sepatutnya berada di Google Play Store, juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti smiley untuk visual mengemaskini rakan-rakan dengan perasaan, emosi, dan aktiviti. Ikon boleh diakses dari butang smiley dalam kotak update status. Di samping itu, Facebook baru untuk Android ini membawa bersamanya keupayaan untuk mencipta dan berkongsi album foto baru.


Labels: