Anda akan nampak iklan dalam Instagram


Instagram mungkin bebas daripada sebarang pengiklanan buat masa sekarang, tetapi bila-bila masa perkara ini akan berubah, kata syarikat itu.

Sekarang perkhidmatan ini telah mencapai 150 juta pengguna bulanan, mereka ingin memulakan strategi bagi mendapatkan kelebihan dari jumlah pengguna dengan duit iklan.

Dalam temu bual untuk Wall Street Journal, pengarah operasi Instagram Emily White mengatakan iklan akan datang dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Kebanyakannya mereka yang akan memilih Instagram sebagai platform pengiklanan jenama adalah syarikat yang telah menggunakan perkhidmatan ini untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Cabaran terbesar bagi Instagram adalah untuk mencari keseimbangan yang tepat antara menjual iklan dan mengekalan "rasa" yang sama platform tersebut dan apa yang mereka telah menawarkan pengguna.

Labels: