Facebook kurangkan iklan mengarut dalam News Feed


Algoritma News Feed Facebook akan diperbaharui dan dikemaskini sepanjang minggu ni, yang sepatutnya mengurangkan semua iklan yang menjengkelkan dan tidak relevan. Menurut syarikat itu, maklum balas pengguna akan diberi keutamaan, termasuk berapa kerap orang melaporkan atau menyembunyikan iklan.

Kemaskini ini sepatutnya untuk meningkatkan kualiti iklan yang penggunna lihat. Walaupun tweak baru ini akan berguna untuk pengguna, ia juga akan memberi manfaat kepada syarikat itu kerana iklan yang lebih bernilai dan menjana banyak wang.

Pemasar dan pengiklan juga akan lebih senang hati kerana mereka mahukan iklan mereka untuk menjadi lebih relevan dan diperlihatkan kepada orang-orang yang sebenarnya mungkin berminat.

"Matlamat kami adalah untuk memastikan kami dapat memberikan iklan yang paling relevan, yang bermakna orang yang tepat melihat kempen iklan tertentu. Ini adalah akhirnya lebih baik untuk pemasar, kerana ia bermakna mesej mereka mencapai orang yang paling berminat dalam apa yang mereka telah tawarkan," pengumuman Facebook.

Labels: