Facebook mencuba fungsi baru seperti LinkedIn

Facebook selalu je mencuba perkara atau fungsi baru pada laman web mereka dan kali ini ia memberi tumpuan kepada seksyen baru di mana pengguna boleh menambah kemahiran profesional.

Rangkaian sosial itu seolah-olah mahu mengintegrasikan sedikit ciri-ciri LinkedIn di platform sendiri dengan membolehkan pengguna untuk menambah kemahiran profesional dengan kerja dan bahagian pendidikan di timeline, menurut laporan The Web Next.


Syarikat itu mengakui ia telah menguji pilihan baru, tetapi tidak menjelaskan butir-butir lanjut mengenai tempoh masa pelaksanaan.

Pengguna yang ingin mencuba boleh pergi ke seksyen About dan skrol ke bawah. Di bawah bahagian Work and Education, anda boleh menambah kemahiran profesional. Seperti biasa, pengguna boleh bermain dengan tetapan privasi kawasan tersebut, bermakna mereka boleh memilih untuk berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja.

Labels: ,