Google jenama kedua paling bernilai

Selepas selama 13 tahun, Coca Cola akhirnya hilang takhta sebagai jemana paling bernilai. Ia tidak hanya jatuh ke tempat kedua, setelah Apple ambil alih tempat pertama, tetapi turun ke tempat ketiga selepas Google.

Menurut senarai terbaru dari Interbrand, Google telah meningkat naik dua anak tangga dari beberapa tahun lepas. Pada tahun 2012, Google hanya berada pada tangga keempat.

Sekarang, bagaimanapun, ia telah mencapai kedudukan kedua, dengan peningkatan 34 peratus dalam nilai sejak tahun lepas.

Jenama syarikat itu bernilai kira-kira $93,291 juta (RM304,092 juta). Google tidak jauh di belakang Apple, yang bernilai $98,316 juta (RM320,463 juta), ini bermakna semakin hampir untuk menjadi jenama yang paling bernilai di dunia pada tahun 2014.

Coca-Cola seolah-olah telah kehilangan banyak kuasa setelah nilai jenama itu jatuh kepada $79,213 juta (RM258,195 juta), terlalu banyak jurang daripada Google.

Labels: ,