Facebook dikatakan mengumpul data pergerakan tetikus

Facebook mahu mengetahui lebih lanjut tentang pengguna mereka. Syarikat tersebut menjual segala-galanya yang ia boleh mengetahui tentang anda kepada pembida tertinggi.

Model perniagaan macam ni adalah dari Google dan kebanyakan gergasi web lain. Namun, Facebook tidak lagi berpuas hati dengan apa yang pengguna mereka beritahu pasala diri anda, keluarga anda, dan perkara-perkara yang anda suka. Ia tidak berpuas hati lagi dengan apa yang ia boleh ketahui dengan menjejaki lawatan anda di seluruh web.

Facebook mahu lebih dan ia merancang untuk memulakan pengesanan pergerakan tetikus anda untuk mendapatkannya. Syarikat itu akan mengesan dan menganalisis perkara-perkara seperti berapa lama anda membawa tetikus anda ke atas cerita, sama ada klik pada iklan dan sebagainya.

Data ini akan digunakan untuk penambahbaikan produk, iaitu untuk melihat ciri-ciri yang bekerja dan yang tidak, pengguna mana yang keliru dan sebagainya. Tetapi ia juga dapat digunakan untuk pengiklanan, jika Facebook boleh mencari jalan untuk mendapatkan lebih nilai daripada itu.

[sumber dari Mashable]

Labels: