Foursquare lancarkan pengiklanan untuk perniagaan

Foursquare telah meningkatkan usaha untuk menjana lebih banyak pendapatan dan telah mengumumkan satu program baru untuk membolehkan semua perniagaan membuat pengiklanan di platform mereka.

Syarikat itu berkembang dalam program beta yang dilancarkan pada awal tahun ini, dengan kira-kira 800 perniagaan di seluruh dunia. Foursquare kini telah melancarkan laman layan diri (self-service) di mana syarikat-syarikat boleh menyatakan keperluan perniagaan dan belanjawan mereka.

Mereka yang ingin mengambil kesempatan daripada Foursquare boleh menggunakan alat-alat yang ada untuk menunjukkan di mana mereka mahu untuk mengarahkan trafik, jumlah yang mereka sanggup habiskan dan bajet bulanan, tanpa perlu apa-apa yang lain.

Pengguna boleh memilih antara dua jenis iklan - carian dan pada skrin utama Foursquare. Perkhidmatan ini menyediakan metrik untuk iklan, termasuk jumlah views, tindakan, kadar tindakan dan kos untuk setiap tindakan.



[kredit imej pada Mashable]

Labels: