Google bida untuk ambil alih BlackBerry

BlackBerry
BlackBerry sedang dalam kesusahan selepas bisnes mereka kurang mendapat sambutan akhir-akhir ni. Kini mereka sedang berunding dengan Cisco Systems, Google Inc dan SAP tentang urusan untuk menjual mereka semua sekaligus atau secara bahagian-bahagian sendiri.

Menurut laporan Reuters, syarikat itu telah meminta ungkapan awal faedah daripada pembeli strategik yang berpotensi, yang juga termasuk Intel Corp dan LG serta Samsung, pada awal minggu depan.

Belum ada sumber jelas syarikat manakah yang akan membuar bidaan awal. Tapi syrikat teknologi terbesar terutamanya yang berminat dendan rangkaian pelayan selamat (secure server network) BlackBerry dan portfolio paten, walaupun masih ragu-ragu dengan nilai aset.

Walaubagaimanapun, pihak Google, Intel, Cisco, LG dan SAP enggan mengulas tentang berita ni. Mereka akan meneruskan dengan berhati-hati kerana kurang pasti pasal BlackBerry, yang bulan lalu melaporkan kerugian suku tahunan hampir $1 bilion selepas mengambil kira nilai pada penjualan telefon Z10.

[Sumber dari Reuters]

Labels: , ,