Google lancarkan uProxy, lebih bebas di Internet

uProxy
Google memperkenalkan alat baru dalam portfolio mereka yang dipanggil uProxy. Ini adalah extension yang membolehkan pengguna dari negara-negara di mana akses kepada Internet adalah terhad atau di belakang firewall ketat untuk mengakses Internet terbuka.

Menurut laporan Mashable, Google mengumumkan uProxy pada Google Ideas Summit di New York, tapi alat tersebut belum betul-betul bersedia lagi. Tambahan pula, syarikat itu tidak mahu membuat spekulasi mengenai bila pengguna akan dapat menggunakannya, berkata sebaliknya mereka mahu cuba melalui beberapa penguji yang dipercayai untuk meningkatkan dan membina keselamatan.

"Ia adalah sumber tertutup buat masa sekarang, sebabnya kita tidak mahu orang ramai mula menggunakannya sebelum tiba masanya, tapi sebenarnya ia adalah selamat dan terjamin," kata ketua jurutera Google Idea.

uProxy ditetapkan untuk berfungsi sebagai extension pelayar web untuk Chrome dan Firefox, dua daripada pelayar yang paling banyak digunakan di dunia, dan ia akan berfungsi sebagai VPN peribadi.

Labels: ,