Google menambah fungsi Parental Control dalam Chrome

Khabar angin mengatakan bahawa Google telah menambah fungsi baru - parental control ke dalam Chrome dan disahkan apabila fungsi baru itu berpindah ke Chrome beta.

Jadinya Chrome dan Chrome OS mungkin akan menjadi lebih popular di kalangan ibu bapa dan guru-guru yang ingin memastikan mereka dapat memerhatikan apa yang kanak-kanak layari semasa dalam talian dan untuk menghadkan akses kepada pelbagai laman web.


Fungsi baru ini dinamakan sebagai Supervised Users dan ia meluaskan kebolehan sistem operasi Google dengan membolehkan beberapa akaun yang boleh mempunyai status keistimewaan yang berbeza.

Sebagai contoh, akaun utama Chrome OS boleh digunakan untuk membuat akaun kedua yang boleh dipantau. Sama seperti pelbagai perisian yang dicipta untuk memberi ibu bapa kawalan ke atas Internet, pengguna akan dapat melihat sejarah pelayaran, membuat senarai laman web kanak-kanak yang boleh atau tidak boleh akses dan menguruskan kebenaran untuk pelbagai laman web disekat yang kanak-kanak minta akses untuknya.

Labels: