Google sedang bina Chrome OS untuk Windows 8

Chrome OS
Pada bulan Julai lepas, Google melancarkan Chrome App Launcher untuk sistem operasi Windows yang membolehkan aplikasi dibuka tanpa memerlukan pelayar web. Pihak Google tak berhenti setakat tu je, mereka ada perancangan jangka panjang.

Mereka sedang bekerja membina versi baru Chrome yang memreplikasikan fungsi Chrome OS dalam Windows 8.

Menurut laporan The Verge, versi terbaru Chrome Dev dikatakan boleh dikonfigurasi untuk Windows 8 Start Screen dalam mode Metro. Ada satu rak dengan Chrome, Gmail, Google, Docs, dan ikon YouTube yang boleh disusun di bahagian bawah, kiri, atau kanan skrin.

Versi terbaru ni belum lagi boleh didapati untuk pengguna secara umum, tetapi ia jelas akan memajukan cross-platform Google apabila ia tiba nanti.

[foto dari The Verge]

Labels: , ,