Spotify lancarkan butang "Follow"

Spotify Follow Button
Spotify baru sahaja memperkenalkan butang (button) baru, berkilat, yang membolehkan pengguna untuk mengumpul pendengar dari mana-mana laman web. Jika anda pengguna Spotify dan mahu orang lain melihat profil anda, dengan mudah anda boleh melakukannya sekarang.

Pada asasnya, butang "Follow" boleh di-embed ke dalam mana-mana laman web. Ia sangat mudah untuk disesuaikan dari laman Spotify sendiri.

Sebagai contoh, anda boleh memilih jenis susun atur - Detailed (300 x 56 px) atau Basic (200 x 25 px), serta warna latar belakang, yang mana anda boleh pilih mengikut kesesuaian latar belakang yang cerah atau gelap.

Sama ada untuk memaparkan jumlah pengikut atau tidak boleh dipilih melalui kotak yang mudah. Setelah segala-galanya dilakukan, kod embed boleh disalin dan ditampal ke dalam mana-mana laman web.

Labels: