Twitter Music akan ditamatkan

Eksperimentasi Twitter Music bakal berakhir hanya selepas enam bulan, nampaknya ia kurang berjaya menarik perhatian pengguna. Tidak ramai yang menggunakannya dan lagi tak ramai membeli muzik melaluinya. Twitter tidak berpuas hati dengan perkara ni dan khabar angin mengatakan bahawa aplikasi itu telah ditamatkan.

Menurut laporan AllThingsD, tarikh rasmi aplikasi tersebut ditamatkan belum diputuskan. Aplikasi ini hanya disediakan untuk iOS, tiada versi Android pernah dikeluarkan.

Versi web untuk perkhidmatan ni sudah tak ada, walaupun halaman berkata "coming soon".

Twitter Music sepatutnya menjadi tempat untuk mencari muzik baru yang besar, berdasarkan Twitter buzz. Tapi semangat di sebalik itu dah tak ada sebaik saja selepas pelancarannya. Syarikat itu masih mempunyai perancangan dengan muzik tetapi, buat masa ini, mereka mungkin tidak termasuk dengan aplikasi.

Labels: