Undian untuk YouTube Music Awards dibuka sekarang

Pengumuman awal bulan ini, Anugerah Muzik YouTube (YouTube Music Awards) semakin dekat dan laman web video streaming itu akhirnya telah membuka sesi mengundi.

Acara ini akan diadakan pada 3 November di New York, di mana beberapa artis telah ditetapkan untuk menjayakan acara ini - Avicii, MIA, Earl Sweatshirt, Tyler the Creator dan Walk Off the Earth, manakala Jason Schwartzman akan menjadi hos bagi acara itu, bersama-sama Reggie Watts.

Calon-calon untuk enam kategori (Video of the year, Artist of the Year, Response of the Year, YouTube Phenomenon, YouTube Breakthrough, and Innovation of the Year) telah diumumkan, dan pengguna boleh mula mengundi sesiapa yang mereka mahu pilih untuk menang.

Penonton YouTube adalah orang-orang yang membuat keputusan pemenang dengan mengundi untuk artis-artis kegemaran mereka sehingga hari terakhir pada 3 November, 2013.

Labels: