Video terbaru Nexus 5 tersebar


Sebelum ni dah banyak tersebar atau tertiris pasal telefon terbaru Google, Nexus 5. Dikatakan bakal dilancarkan pada hujung bulan Oktober ini. Nak tahu lebih lanjut pasal Nexus 5 boleh cari di Android Authority.

Terbaru, The Next Web melaporkan yang video terkini Nexus 5 telah tersebar berdasarkan dari Smartphones.sfr. Video yang berdurasi 7 minit itu menunjukkan peranti tersebut secara terperinci.

Saya sendiri ternanti-nanti akan pelancaran Nexus 5 ni dan kemungkinan besar akan beralih kepadanya. Peranti Nexus terbaru ni akan dikuasakan oleh Android versi 4.4 Key Lime Pie yang nama kodnya adalah KitKat.

Labels: ,