CyanogenMod kini boleh dimuat turun melalui Play Store

CyanogenMod di Play Store
Ingin memasang CyanogenMod pada telefon atau tablet anda, tapi bimbang untuk unlock bootloader anda, belajar bagaimana untuk menggunakan ADB dan fastboot, dan arahan yang lain? Kini anda tak perlu risau lagi.

CyanogenMod Installer kini boleh didapati dari Google Play Store. Pasang dan jalankan aplikasi, ikut arahan, dan jika anda mempunyai peranti yang disokong, ia menjalankan proses menggantikan perisian telefon Android anda dengan versi terbaru CyanogenMod.

Walaupun aplikasi Android ni akan membantu anda untuk bermula, sebenarnya ada aplikasi PC yang menjalankan tugas. Aplikasi mudah alih ni akan meminta anda untuk melawat http://get.cm untuk memuat turun aplikasi desktop Installer CyanogenMod untuk Windows, dan sebaik sahaja ia dipasang ia akan bersambung kepada telefon dan cuba untuk memasang CyanogenMod untuk anda.

Anda boleh menyemak senarai rasmi peranti yang disokong sebelum memulakan pemasangan. Walaupun peranti utama terkini dari Samsung , HTC dan Google tersenarai, peranti yang lebih lama dan kurang popular adalah sedikit terhad dalam senarai pada masa ini.

Muat turun CyanogenMod di Google Play Strore

Labels: , ,