Google buang lebih 200 juta pautan cetak rompak


Bermula dari awal tahun ni (2013), Google telah keluarkan lebih 200 juta pautan yang didakwa melanggar peratutan seperti cetak rompak dari enjin carian mereka. Tahun 2013 akan memecahkan rekod sepanjang masa jumlah pautan yang dikeluarkan, iaitu lebih suku bilion.

Penghantar utama permintaan DMCA adalah industri muzik kumpulan RIAA dan BPI, dengan berpuluh-puluh juta pautan. Laman yang paling mendapat perhatian adalah FileTube; lebih tujuh juta pautan yang telah dikeluarkan setakat ini.

Trend permintaan DMCA nampaknya semakin meningkat sepanjang tahun dengan lebih ramai permintaan dibuat di enjin carian. Pada tahun 2011, Google menerima 10 juta tuntutan tersebut, manakala pada tahun 2012 bilangan itu meningkat kepada 50 juta.

Daripada 200 juta pautan, syarikat itu telah diminta untuk keluarkannya, hanya kira-kira 1 peratus telah ditolak.

Labels: ,