Google+ lancarkan komuniti terhad untuk lebih privasi

Google-Plus-Communities
Bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, pihak Google melalui Google+ melancarkan fungsi terbaru dalam laman sosial mereka. Ia bagi menjaga privasi pengguna dengan restricted communities (komuniti terhad).

Ini akan memastikan hanya pengguna yang mendapat kebenaran sahaja yang boleh menyertai komuniti.

Fungsi ini akan membolehkan organisasi membuat keputusan dalam komuniti terhad mereka akan terbuka kepada semua orang di syarikat atau terhad kepada hanya pekerja yang menerima jemputan.

Pekerja juga boleh memilih untuk mewujudkan komuniti yang terbuka kepada orang di luar domain mereka, jadi pelanggan, agensi, atau rakan kongsi perniagaan boleh menyertai perbincangan dalam syarikat mereka. Apabila komuniti diwujudkan, pekerja boleh berkongsi fail, video, gambar, dan peristiwa-peristiwa dari Google Drive. Pemilik Komuniti boleh menukar tetapan, menguruskan keahlian, atau menjemput ahli-ahli pasukan yang lain untuk menyertai.

[via Official Enterprise Blog]

Labels: