Instagram mungkin akan bawakan fungsi Chat

Instagram, perkhidmatan perkongsian video dan gambar dikhabarkan akan menambah lebih banyak fungsi-fungsi baru. Mungkin bulan depan mereka akan perkenalkan fungsi penghantaran mesej.

Menurut laporan Gigaom, mesej adalah tambahan terbaru, walau bagaimanapun, syarikat itu belum membuat pernyataan rasmi mengenai perkara tersebut pada masa ini.

Instagram mungkin membenarkan tetingkap chat atau menyediakan pengguna dengan kemudahan mesej berkumpulan. Dalam kes perkhidmatan perkongsian video, ia akan mengikut jejak langkah pesaing-pesaingnya, iMessage dan Snapchat.

Kita tunggu bagaimana rupanya nanti orang berchatting dalam Instagram. Dah semakin banyak aplikasi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan hampir sama. Mungkin satu persaingan sihat antara mereka.

Labels: