Nokia jenamakan semula perkhidmatan muzik - Mix Radio

Mix Radio
Nokia telah melancarkan satu perkhidmatan streaming muzik percuma yang menurut syarikat mendakwa yang mereka akan belajar daripada pilihan dari pengguna untuk menyampaikan stesen radio peribadi.

Nokia Mix Radio adalah satu penjenamaan semula, perkhidmatan itu dilancarkan pada 2011. Ia menawarkan beribu-ribu lagu tanpa gangguan iklan, tak perlu mendaftar atau melanggan.

Senarai main (Playlists) juga boleh disimpan untuk mendengarnya lain kali kalau berada di luar talian jadi pengguna boleh terus mendengar apabila mereka kehilangan hubungan Internet.

Perkhidmatan ini datang pada semua peranti Nokia Windows Phone, dan pengguna dibenarkan skips enam kali sejam, atau boleh membayar $3,99 sebulan untuk skips tanpa terhad.

Jyrki Rosenberg, ketua Hiburan Nokia, menyatakan dengan yakin bahawa misi Nokia adalah jelas untuk menyediakan, perkhidmatan streaming radio peribadi yang paling mudah didapati. Aplikasi ini boleh didapati di 31 negara, termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan China.

Labels: ,