Pekerja Yahoo pun tak suka dengan Mail mereka

Yahoo Mail!
Anda seorang pengguna Yahoo Mail! yang serba baru dan tak suka dengannya? Jangan rasa pelik sebab pekerja Yahoo sendiri tak berapa nak suka dengan perkhidmatan mail mereka sendiri.

Menurut laporan AllThingsD, memo dalaman syarikat menyatakan hanya kira-kira 25 peratus daripada pekerja yang dah bertukar ke mail baru ketika ditanya oleh syarikat itu beberapa bulan lepas.

"Pada awal tahun ini kami bertanya kepada anda untuk berpindah ke Yahoo Mail untuk akaun e-mel korporat anda. 25% daripada anda membuat perubahan (terima kasih). Tetapi, kita telah jelas gagal dalam matlamat kita untuk bergerak bersama pekerja untuk Yahoo Mail," petika memo tersebut.

Untuk rekod, majoriti pekerja Yahoo menggunakan Microsoft Outlook sama seperti yang biasa kita gunakan di pejabat masing-masing.

Seperti yang semua orang mungkin tahu sekarang, Yahoo Mail adalah produk kurang mendapat sambutan umum. Perubahan terkini yang dilaksanakan beberapa bulan lalu telah membuat orang lari bertempiaran, mencari penyelesaian untuk membawa kembali versi yang lama.

Labels: