Twitter ketatkan kawalan keselamatan

Twitter Security
Sebelum ni Twitter dah beberapa kali hadapi situasi sukar bila data sulit pengguna telh diceroboh. Kini mereka telah melaksanakan teknologi keselamatan yang menyukarkan pengintip mengintip pengguna.

Twitter mula memantapkan komunikasi pada tahun 2011 menggunakan penyulitan HTTPS, berkata mereka telah menambah lapisan perlindungan lebih maju untuk HTTPS dikenali sebagai "forward secrecy."

"Setahun setengah yang lalu, Twitter telah mula menggunakan HTTPS. Sejak itu, ia telah menjadi lebih jelas betapa pentingnya langkah itu untuk melindungi privasi pengguna kami ."

Langkah Twitter ni mendapat sambutan dari firma Internet di AS berikutan pendedahan oleh bekas kontraktor agensi perisikan, Edward Snowden mengenai program pengawasan kerajaan AS.

Forward secrecy menghalang penyerang daripada mengeksploitasi satu kelemahan berpotensi dalam HTTPS, iaitu jumlah data yang boleh 'dipermudahkan' jika ada pihak dapat mencuri satu "kunci" yang kemudiannya digunakan untuk menyulitkan semua data.

Labels: