Twitter lancarkan #Birdsignals untuk terima maklum balas pengguna

Birdsignals
Twitter kini sentiasa mencari sesuatu untuk menambah baik perkhidmatan mereka untuk penggunanya. Syarikat itu telah membuka sebuah kumpulan penyelidikan dalam talian yang boleh membantu mereka memahami mengenai bagaimana orang menggunakan perkhidmatan ini.

#Birdsignals dilancarkan bagi membolehkan pengguna memberitahu syarikat itu mengenai apa yang mereka lakukan dalam Twitter. Pertanyaan ini mengambil masa di antara 6 dan 8 minit, jadi sesiapa yang mahu membantu akan dapat melakukannya dengan mudah.

Pengguna perlu menghubungkan perkhidmatan ke akaun Twitter dan memberi beberapa butir-butir peribadi. Jika anda sebahagian daripada demografi yang mereka minati, anda akan dapat untuk melakukan survey.

Sekarang Twitter banyak membuat ujian dengan beberapa alat baru, termasuk pada platform mudah alih.

Labels: