Twitter perkenalkan Custom Timelines

Twitter bakal memperkenalkan timeline baru yang membolehkan pengguna menyesuaikan tweet mereka terima dalam beberapa cara. Idea ini adalah untuk membolehkan ia untuk mewujudkan koleksi custom tweet untuk berkongsi dengan orang ramai.

Timeline ini adalah public dan ada URL sendiri. Pengguna boleh menambah tweet ke timeline dengan tangan atau menggunakan API baru yang tersedia.

"Custom Timelines adalah timeline serba baru. Anda boleh namakannya sendiri, dan memilih tweet tertentu, sama ada dengan tangan atau menggunakan API," jelas Twitter.

Anda juga akan dapat embed-kan custom timelines ni di mana-mana laman web yang anda mahu.

Buat masa ini, ia hanya boleh dilakukan untuk mewujudkan custom timelines di TweetDeck, tetapi apabila akses kepada API disediakan kepada semua orang, ia akan berubah. Buat masa ini, API adalah dalam beta tertutup.

Labels: