Digg v1 Serba Baru Telah Dilancarkan

Laman Digg v1
Betaworks telah menunaikan janjinya dan melancarkan laman web Digg serba baru yang direka semula hari ini. Baru je semalam Betaworks mendedahkan yang laman pengagregatan berita akan mendapat pengubahsuaian sepenuhnya yang akan disertakan dengan senarai tajuk-tajuk utama, menambah gambar, serta integrasi Facebook dan Twitter ke dalam skor Digg.

"Pada 20 Julai, kami mengumumkan bahawa kami membawa Digg kembali kepada startup dan membina semula dari awal dalam tempoh enam minggu," Betaworks menulis di dalam blog post. "Selepas bulan yang sengit dan setengah, kami berjaya untuk mendapatkan Digg baru dan berjalan atas asas kod baru dan infrastruktur. Kami kini mempunyai asas yang kukuh untuk membina, dan kami menjangka untuk membuatnya dengan pantas."

Dengan laman web kini telah boleh diakses oleh semua orang, Betaworks sedang mencari kelemahan yang ada pada laman itu setakat ni. Laman web tersebut mempunyai halaman rumah yang lebih kemas dengan foto yang dilampirkan kepada setiap tajuk utama.

Media sosial adalah satu komponen yang besar di laman Digg baru. Pengguna akan tetap dapat cerita Digg, tetapi perkongsian Facebook dan tweet juga faktor sebuah cerita menjadi terkenal. Pengguna boleh melihat pecahan markah Digg baru dengan rolling kursor ke atas skor.

Labels: ,